Feed on
Posts
comments

Densya hidupku…(1.1 Eki Ramadhan )

Berangkatlah kamu baik dgn rasa ringan maupun dgn rasa berat, dan berjihadlah dgn harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui sekiranya (yg kamu serukan kpd mereka) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yg dituju itu terasa sgt jauh bagi mereka…

(at Taubah : 41-42)

Andai jalan dakwah & tarbiah itu mudah, ditaburi bunga dan sorakan ramai, nescaya ramai yang menyusurinya, namun jalan itu tidak mudah. Jalan yang penuh ujian, mehnah dan fitnah. Namun itulah jalan yang paling selamat menuju kepada Allah, jalan kepada keredhaan dan syurga Allah, jalan yang pernah dilalui rasulullah saw, malah jalan yang sama dilalui semua para rasul, mu’minin dan mu’minat….

Eki 1

Ramadhan kali ramadhan amat berlainan dgn ramadhan2 yg pernah ku sambut 5 tahun yang lepas. Sesungguhnya Allah itu Maha Menurunkan hambaNya pada tempat yg dikehendakiNya…kerana Allah itu Maha Mentaqdirkan sesuatu.

Salthill, Galway, Ireland

Aku merindui saat2 berpuasa di Galway, Ireland. Ramadhannya disambut meriah, bulan rahmah, maghfirah dan kasih sayang Allah terhadap hambanya. Hampir setiap insan muslim di Galway,(populasinya kecil ~120org) merasakan ‘hidup’nya ramadhan. Baik mereka berada dalam lingkugan tarbiah, mahupun tidak, baik yang sedia bertudung mahupun tidak, baik yang solatnya ‘cukup2′ syarat, mahupun tidak..semuanya merasakan ‘karamah’nya bulan ramadhan. Ramai yang menghidupkan malam2 ramadhan dgn terawikh,baik di ‘community hall’ yg disewa sepanjang bulan ramadhan utk memuatkan para jemaah pelbagai bangsa yg tidak mampu ditampung masjid (read as : converted semi D house) mahupun di rumah2. Kelazimannya pelajar2 galway akan berkongsi rumah 4-5 orang serumah. Dan selalunya kedudukannya berhampiran. Antara satu sama lain, iaitu kawasan2 perumahan yang ’strategik’ berdekatan dgn UCHG (University College Hospital Galway ataupun dgn NUIG (National university or ireland galway).Andai malas ke community hall Mereka akn ‘gather’ & pakat 2-3 rumah utk solat terawih berjamaah bersama2. Mungkin meriahnya kerana saat itulah dpt tgk muka org2 lain (ie junior & seniors) berkongsi cerita dan lain2. Yg menariknya, tuan rumah pasti gembira menyediakan moreh utk terawih… Maka terkenallah individu tertentu dgn donat nyelah, donat sira pun ada, karipap sudah pasti, roti bom, puding roti ( bulan pose makan roti sgt..so berlebih …drpd buang, baik buat puding roti kismis -) ) dan macam2 juadah lagi…

Bangladeshi orphan girls offer prayers before a Ra...

Lagi perkara yang menarik, setiap rumah sedari minggu awal puasa akan memilih tarikh jemputan Iftar di kalangan jiran2 terdekat ( yelah kami dulu duduk selang 2-3 buah rumah je… Kalau x cukup garam ke, bawang ke… Jerit je pun bole dgr kot … Huhu) ramai2 ingin berkongsi pahala orang yg berpuasa.. Lagi2lah kalau sampai turn org yg x pose masak…bermacam2 menu la keluar..nasi kerabunya, Nasi tomato, nasi ayam lah.. Ayam percik lah… Huhu… Rindunya….

Pada saat ini jugalah… Buku ‘medic’ akan ditutup sedari waktu buka puasa sehingga selesai terawih…Ajaib kan? … Entah mengapa, tetapi ratanya2 tidak bimbang atau risau perihal test or exam sgt…At least after 8 rakaat terawih baru mereka start study balik…subhanallah , betapa Allah memberikan rahmahnya pada bulan ini.. Tiba2 iman setiap orang memacu tinggi… Pada bulan inilah solat maghrib akan start berjemaah… disambung dgn tadarus al quran. Community di galway ni unik. Setiap rumah akn diberi julat bacaan tertentu dlm alquran ( ie -al baqarah - half surah al imran) dan kemudian pada malam akhir ramadhan, akan ada majlis khatam quran beramai2 serta takbir raya.. ( indah nye saat itu…) Setelah tadarus di teruskan dgn solat isya’ dan seterusnya solat terawih…

http://msnbcmedia.msn.com/j/afp/dv_to_getty_2211397_0.rp420x400.jpg

satu lagi kenangan indah di galway, ialah pabila ramai2 bergerak ke rumah yg tertentu atau community hall utk solat terawih dgn telekung2 putih mereka, maka terlihatlah berbondong2 kelibat putih dari kejauhan..huhu… Dilihat irish, pelik mereka.. Siapakah gadis2 kelubung putih ni? Berjalan beramai2 di kegelapan malam…huhuhu.. Silap haribulan, ade pulak yg lari ketakutan dok ingatkan jembalang manelah pulak… (tp so far x de pula org2 putih tu lari ketakutan… Hehee maybe mereka x tgk pun cerita2 hantu2, mistik, mengarut cam yang berlambak2 kat mesia sekarang nih… Huhu)

Begitulah setiap tahun… Ramadhan tidak pernah sunyi dari limpahan rahmatnya terhadap setiap insan, tidak kira dimanapun kita berada..

Eki 2

Kini aku ditakdirkan Allah di satu kawasan yang asing bagiku. Di bumi Allah, Di bumi matahari terbit. Di sebuah daerah Tokai, Hadano-Shi, Kanagawa… suburban Bandar Yokohama. Setelah dua minggu mulanya ramadhan ternyata suasananya berbeza. Tiada kemeriahan community seperti mana di kemeriahan malam malam ramadhan di Galway. Tiada iftar beramai2, terawikh berjamaah dan moreh mahupun tadarus.. Tiada communiti muslim yang meng’imarah’kan nya…

Map - Click to zoom

Ya ALLAH! Apakah aku yang tidak menghidupkannya,.. atau aku telah ‘ditinggalkan’ dari merasainya ? …Nauzubillah… Ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu…

Namun, suasananya tidak aku nafikan berbeza andai berada dibandar besar yang berdekatan dgn masjid. Pasti ada saja tempat utk beriftar, I’tikaf dan terawikh. Seperti di sebuah masjid Otsuka, Tokyo yang pernah ku kunjungi dua kali bersama zauji tersayang.

Bumi jepun yang majoriti masyarakatnya atheis, tiada pegangan hidup .. malah hidup mereka di pandu oleh hawa nafsu mereka sendiri… andai lepa, nescaya kita terbawa2 dek budaya hedonisme mereka

Komuniti muslim di Tokai tidak seramai di Galway. Ratanya pelajar Tokai daigaku ( Tokai University) dan kebanyakannya adalah pelajar lelaki. Mungkin dalam ~ 40- 50 orang … (tidak ramai??? Bole buat jemaah jumaat dh tu…. ) dan pelajar perempuan dalam 4-5 orang. Belum sempat ku temui mereka kecuali seorang. Alhamdulillah, akhirnya ketemui juga seorang sister yang sefahaman dengan ku. Thank you Allah, for your blessings, memberiku erti nikmat manisnya ukhwah fillah…

Kini aku tidak lagi merasakan sunyinya Ramadhan kali ini. Malah Allah telah mengizinkan aku berada di kalangan orang2 Allah wajibkan kecintaanNya terhadap mereka saat aku berpeluang menghadiri Semarak Ramadhan di Asakusa Mosque, Tokyo.

mesjidasakusa.jpg (13669 bytes)

Di sana aku mengenali lebih ramai sisters yang dari seluruh pelosok Tokyo,malah ada yang dari jauh, sejauh Yamanashi dan Gifu. Mereka hadir semata-mata mengimarahkan ramadhan ini dengan iftar jamaie, tahfiz-ton ( hafazan surah), tarawikh dan qiam.. subhanaAllah.. buat mereka, ketahuilah ,sesungguhnya Allah mewajibkan kecintaanNya atas kalian…

Dari Abu Idris al Khawlani rahimalllah, katanya: Saya memasuki masjid Damsyik, tiba2 disitu ada seorg pemuda yg bercahaya giginya dan sekalian manusia bersertanya. Jikalau org2 itu berselisih mengnenai sesuatu hal, mereka lalu menyerahkan persolan itu kepadanya dan mereka mengeluarkan huraian dari pendapatnya. Kemudian saya bertanya mengenai dirinya, lalu menerima jawapan : ‘Ini adalah Muadz bin Jabal’. Setelah hari esoknya, saya datang pagi pagi sekali, lalu saya mendapati Muadz sudah mendahului saya datang paginya. Ia saya temui sedang bersembahyang. Kemudian saya menantikannya sehingga ia menyelesaikan salatnya. Seterusnya saya pun mendatanginya dari arah depannya, lalu saya mengucapkan salam padanya, kemudian saya berkata : ‘ Demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu kerana Allah’. Ia berkata : ‘kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘Ya kerana Allah’. Ia berkata : ‘Kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘ Ya, kerana Allah’. Muadz lalu mengambil belitan selendangku, kemudian menarik tubuhku kepadanya, terus berkata : ‘ Bergembiralah kamu, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah pernah bersabda: ‘ Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman – dalam hadis Qudsi : ‘Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku, duduk – duduk bersama kerana Aku, saling ziarah – menziarahi kerana Aku dan saling hadiah – menghadiahi kerana Aku’

- Hadis sahih oleh Imam Malik dalal Al Muwattho’ dgn isnadnya yang sahih-

Berada di masjid Asakusa, Tokyo bersama mereka, meyakinkan lagi diriku, yang aku tidak keseorangan di bumi asing ini. Masih ada lagi manusia manusia yang Allah limpahkan rahmat ramadhanNya kepada mereka. Masih ada lagi manusia manusia yang meng’imarah’kan ramadhanNya dengan tadarus, tilawah, hafazan, I’tikaf & qiamulail. Thank you Allah, kerana meletakkan aku dalam kalangan mereka.. sesungguhnya, tiada yang lebih aku harapkan dari Mu, melainkan keredhaan & kecintaanMu pada hambaMu yang hina ini…

-ummuzaid-

Oleh: Ummu Rayyan

Kita sebenarnya mempunyai potensi untuk berfikir dan membawa perkara yang cukup besar. Sayangnya, potensi ini seringkali disekat atau dicantas oleh diri kita sendiri, atau mereka yang berada di sekeliling kita. Semuanya, dengan niat yang baik dan ikhlas. Tidak mahu kita terlalu bercita-cita tinggi, sehingga membawa kepada kekecewaan jika kita gagal mencapainya. Ataupun, tidak mahu kita terlalu asyik dengan angan-angan sehingga tidak melakukan gerak kerja yang sepatutnya. Sebenarnya tidak salah untuk mempunyai cita-cita setinggi langit. Malah, cukup silap jika kita cuma menghadkan potensi diri sekadar dalam ruang lingkup selesa (comfort zone), yang kadangkala diletakkan oleh diri sendiri! Kita sangat perlu kepada individu yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Cita-cita ini pula bukan calang-calang, bukan cita-cita picisan yang hanya membawa kepada manfaat diri sendiri. Malah, bagi seorang daie yang fikirannya tidak putus-putus berfikir tentang umat, cita-citanya adalah cita-cita yang akan memberi manfaat kepada umat ini.

" Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagian kepada ummah dan saudara-saudara kita."

Halatuju Dakwah Kita (ISHAB)

Oleh demikian, jangan sekali-kali takut untuk memasang dan berkongsi cita-cita. Rasulullah ketika dalam suasana kritikal perang Khandak, dalam keadaan penat dan lapar membina parit, masih sempat menyampaikan aspirasinya kepada sahabat-sahabat:

"Allah Maha Besar! Aku telah diberi kunci kepada Ash Sham! Aku dapat melihat istana-istananya yang merah pada saat ini!" "Allah Maha Besar! Aku telah diberi Parsi! Aku kini melihat istana putih Madain!" " Allah Maha Besar! Aku diberi kunci kepada Yaman! Demi Allah, aku dapat melihat pagar-pagar di San’a!"

Itulah antara karekteristik seorang daie. Sentiasa bertenaga, sentiasa bergeliga. Himmah tidak pernah padam walaupun dalam keadaan tertekan dan cemas sekalipun. Setiap kali diri diserang perasaan lemah, futur; cita-cita serta aspirasi yang tinggi inilah yang akan menjadi salah satu pemangkin untuk melonjakkan kita untuk terus ke depan. Bila jatuh, bangun semula. Terus bekerja. Terus berusaha. Terus mengejar cita-cita! Semua kerana masa depan umat terletak di atas bahu kita. Rasulullah sendiri tidak sempat bersama-sama sahabat ketika mereka berjaya menawan as Syam. Juga semasa tentera Islam akhirnya berjaya menawan Madain. Atau Yaman. Tetapi Rasulullah telah meninggalkan kita dengan himmah itu. Kitalah yang perlu meneruskan perjuangan, dan di akhir nafas kita nanti, akan ada yang lain yang akan mengambil baton itu dari kita. Lalu seterusnya, dan seterusnya…sehingga tiada lagi fitnah, dan agama ini hanya untuk Allah. Maka teruskanlah bekerja.

Di tanah mana jua, dalam keadaan apa jua. Allah bersama kita. " Dialah Pelindung kamu. Maka Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. " [22:78]

buat perkongsian sahabat2 sekalian…

ikhwah/akhawat yang dalam medan perjuangan ini…

peliharalah hati… kerana dari hati, tempat ALlah menurunkan hidayahNya..insyaALlah

Teguran buat mujahidah da’wah

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

“Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.

(Surah an-Nisa’ [4]:9)”

Ucapkanlah “qoulan syadida”. Begitulah perintah ALLAH SWT. Perintah yang membuatkan saya, sungguh pun tersangat sibuk menjayakan tugas dan amanah sebagai engineer, namun harus mencoretkan sesuatu sebagai teguran sekaligus tazkirah buat mujahidah da’wah, agar sikap dan mind-set (fikrah) tidak menyimpang daripada sikap dan fikrah sebenar seorang mujahidah da’wah.

Sangat aneh tatkala student universiti sudah pandai memberikan alasan “sibuk” untuk alpa dan tidak bersungguh dalam da’wah. Apakah mereka menyangka bahawa bila tiba di alam kerjaya, kesibukan itu akan hilang? Adakah mereka menyangka betapa mujahid-mujahid da’wah yang telah menginfakkan dirinya, keluarganya, hartanya dan seluruh hidupnya di jalan ALLAH, adalah bukan student atau pekerja seperti mereka, sehinggakan mereka tidak pernah disibukkan dengan urusan pembelajaran atau pekerjaan? Katakan saja anda tidak cintakan Islam, kerana jika benar anda cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan anda berikan. Janganlah anda menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH. Janganlah anda menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai Cikgu, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.

Namun, dengan amanah sebagai engineer dan sebagai murabbi sehari-hari, terpaksa saya ringkaskan qoulan syadida ini, mudah-mudahan tetap bermanfaat buat mereka yang benar-benar sudi menjadi mujahidah da’wah.

Menyempurnakan separuh daripada agama

Umum tahu betapa pernikahan menyempurnakan separuh daripada agama. Bahawa pernikahan memelihara diri kita daripada terjerumus ke lembah maksiat. Bahawa pernikahan itu bisa bernilai ibadah. Bahawa pernikahan itu umpama mendirikan masjid. Haidth-hadith tentang itu semua, tentunya kalian sedia maklum.

Mujahid dan mujahidah da’wah, yang benar-benar komited terhadap da’wah, tentunya dan pastinya akan menghadapi pelbagai macam kesulitan, halangan dan rintangan. Itulah lumrah dan adat jalan da’wah. Bagi yang belum merasakannya, kesimpulannya mudah: anda belum berda’wah! Atau anda tidak ikhlas berda’wah hingga tidak layak diuji! Atau anda mengambil jalan yang menyimpang daripada jalan da’wah! Noktah. Tidak perlu argument di situ.

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

(Surah al-Baqarah [2]:214)

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah al-Ankabut [29]:2-3)

Diuji dalam surah al-Ankabut di atas, bukan sekadar uji. Ia ujian yang sangat berat, kerana ALLAH menggunakan perkataan “fa-ta-na” di situ, bukan sekadar “imtihan”. Ertinyqa, ujian itu sangat berat, persis seperti orang yang difitnah, lantaran perkataan fitnah saja berakar kata dari fa-ta-na tadi.

Oleh kerana itulah, untuk menstabilkan emosi dan perasaan para mujahid da’wah, perlunya mereka bercepa-cepat kepada pernikahan, lantaran pernikahan menghasilkan stability (Sakinah) atau ketenangan, seperti yang diungkapkan oleh ALLAh SWT di dalam al-Quran;

“Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan istrinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, istrinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami istri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur".

(Surah al-A’raf [7]:189)

Maka, wajar saja mereka yang tidak memilih pernikahan sebagai stabilizer dikatakan bengong atau terburuk oleh Nabi-Nya SAW;

“Orang yang paling buruk di antara kamu adalah para pembujang, dan di antara orang-orang mati yang terburuk adalah orang yang mati dalam keadaan membujang.”

(Hadith riwayat Abu Ya’la dan Thabrani)

Namun, pernikahan pula, seharus dan sewajarnya mengikut tatacara dan tatasusila yang digariskan oleh Nabi SAW;

“Nikah itu adalah sebahagian sunnahku maka orang yang tidak mengamalkan sunnahku, dia tidak termasuk umatku.”

(Hadith riwayat Ibnu Jauzi)

Ertinya bukan pada nikah itu saja menjadi sunnah, tetapi tentulah cara, prosedur dan etika kepada pernikahan juga, harus, wajar dan perlu mengikut sunnah! Kerana pernikahan yang berpandukan sunnah, adalah pernikahan yang diniatkan untuk semakin dekat dan semakin rapat dengan ALLAH SWT. Bagaimana mungkin pernikahan yang dicemari oleh cinta “anta-anti” dan zina hati, bisa membawa kepada kecintaan kepada Ilahi? Mana mungkin!

Itulah sebabnya, tatkala ALLAH SWT –di dalam ayat yang lain- mahu menceritakan tentang betapa isteri-isteri/suami-suami mendatangkan cinta dan belas kasih, ALLAH mulakan dengan menyebut “di Antara tanda-tanda kekuasaan-Nya”, kerana sepatutnya pada pasangan hidup anda itu, akan anda dapati tanda-tanda kekuasaan ALLAH.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.

(Surah ar-Ruum [30]:21)

Lalu, jika perjalanan anda saja menuju pernikahan itu sudah dipenuhi noda dosa, khalwat di alam maya, zina hati dan lain sebagainya, bagaimana mungkin anda melihat tanda-tanda kekuasaan ALLAH pada pasangan anda itu, sedangkan anda sedang melakukan maksiat kepada ALLAH?

Hadith Arbain 1: Setiap sesuatu bermula dengan niat

Kerana pernikahan itu harus bersandarkan sunnah, maka saksikan sendiri guideline daripada Rasulmu SAW;

“Wanita itu lazimnya dinikahi kerana empat perkara:

i) kerna hartanya

ii) kerana keturunannya

iii) kerana kecantikannya

iv) kerana agamanya

maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, (jika tidak) maka binasalah engkau.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Simple. Hanya orang-orang yang mempunyai niat yang berlainan dengan niat yang sepatutnya dimiliki oleh setiap mereka yang mengikut sunnah nabi-Nya SAW –dengan memilih jodoh berasaskan factor agama- yang akan terpinga-pinga dalam menentukan bagaimana calon yang beragama itu. Adakah beragama seseorang itu, andainya ia jauh daripada medan perjuangan Islam, sedangkan para sahabat R.A menjadikan perjuangan Islam sebagai matlamat dan kerjaya nombor satu mereka? Adakah beragama seseorang yang tidak merasa ghairah untuk melazimkan bacaan al-Quran setiap hari? Adakah beragama seseorang yang tidak henti-henti berbicara dengan lawan jantina, hingga terkadang membawa kepada berdua-duaan di alam siber, sedangkan perbicaraan yang dilakukan adalah perbicaraan yang tidak penting dan tidak perlu sebenarnya? Adakah beragama seseorang yang tanpa segan silu membiarkan hatinya terjebak dengan zina?

“Tertulis ke atas anak Adam habuan daripada zina, tidak mustahil didapati yang demikian.

Matanya berzina lewat pandangan.

Telingannya berzina lewat pendengaran.

Lisannya berbicara lewat percakapan.

Tangannya berzina lewat sentuhan.

Kakinya berzina lewat melangkah ke tempat maksiat.

Hatinya berzina lantaran bernafsu dan berangan-angan.

Dan kemaluannyalah yang membenarkan atau menidakkan (terjadinya zina itu).”

(Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Itulah sebabnya, al-Quran al-Karim menggariskan guideline jika ingin berbicara dengan lawan jantina, demi menjaga masalah zina hati ini.

“Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik,”

(surah al-Ahzab [33]:32)

Itulah sebabnya Islam meminta kita bersama menundukkan pandangan. Nah, kalau menundukkan pandangan saja suatu yang ditegaskan, maka adakah boleh kita bersembang dan bergurau dengan lawan berlainan jantina tanpa urusan yang mustahak?

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.

(Surah an-Nuur [24]:31)

Lagu “Antara Dua” Nyanyian Farah

Lebih malang lagi, adalah tatkala ada di kalangan mujahidah da’wah tidak benar-benar memutuskan hubungan dengan lelaki lain, tiba-tiba sebegitu berani membuka ruang untuk lelaki lain pula. Seolah-olah ia ingin menjadi seperti lagu Farah “Antara Dua”, iaitu harus mengumpulkan sebanyak lelaki yang ada, barulah ia memilih calon suami yang sesuai. AstaghfiruLLAH al-Azim! Wahai wanita muslimah, takutlah kamu pada ALLAH! Tidakkah kamu pernah mendengar sabda Nabi SAW yang mulia;

“Janganlah seseorang meminang pinangan saudaranya, sehingga peminang itu meninggalkannya atau mengizinkannya.”

(Hadith riwayat Bukhari)

Nah, selagi anda tidak benar-benar putuskan hubungan anda dengan seseorang lelaki yang menyatakan minatnya pada anda, bagaimana mungkin seorang lelaki lain mahu menyatakan hasratnya untuk melamar anda? Hal ini dilarang oleh agama! Pertanyakan kembali niat anda; jika benar anda ingin menikah kerana ALLAH, maka anda sentiasa sanggup memutuskan dan menjauhi insan yang tidak memenuhi criteria mujahid da’wah yang sekufu dengan anda, lalu anda tidak kisah akan lain-lain criteria bakal suami anda, asalkan saja ia mujahid da’wah. Jika tidak, maka layakkah anda menjadi mujahidah da’wah?

Penutup

Akhirnya, saya terpaksa juga menegur gerakan-gerakan Islam yang tidak serius dan tidak menekankan keharusan menjaga interaksi antara lawan jantina. Saya menegur gerakan Islam yang tidak bersungguh membina kadernya dengan tarbiyah Islamiyah yang benar. Saya menegur gerakan islam yang tidak memerhatikan urusan hati dan interaksi para kadernya. Dan saya nasihatkan para mujahidah da’wah, agar kembalilah kepada niat, tujuan dan prosedur yang betul. Iaitu; 1) betulkan dan ikhlaskan niat 2) lobi mak ayah 3) mudahkan urusan pernikahan.

Untuk kesekian kali, perasaan saya begitu diguris melihatkan insan-insan yang mengaku berada di dalam gerakan Islam, tapi menganggap urusan cinta kerana ALLAH sebagai suatu bahan mainan. Ingatlah, pasangan hidup anda itu bukanlah hak milik -bererti tidak bisa dibeli, demanding, dan lain-lain barang duniawi yang bisa dihak miliki- tetapi ia adalah anugerah. Anugerah daripada siapa? Anugerah dari Ilahi. Lalu, dengan pemahaman seperti ini, anda akan benar-benar menjadi mujahidah da’wah, dan menyerahkan kepada ALLAH untuk menganugerahkan buat anda teman sehidup semati. Maka benarlah kata Rahim Razali; “isteri itu bukannya hak milik, tapi anugerah….”

Wassalamu’alaikum

Thank you.

"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)

Best Regards,

Faridul Farhan Abd Wahab

Electrical Engineer

Jimah O&M Sdn. Bhd.

2 x 700MW Coal Fired Power Plant Project

PT 7308 & PT 7309,

Mukim Jimah, Daerah Port Dickson,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

(Tel: 06-658 1158/ 06-658 1149 Ext: 1090)

Email: faridul@jimahev.com

Baitud da’wah

Oleh. KH. Rahmat Abdullah (Alm)

Suatu malam menjelang fajar, dalam inspeksi rutinnya, Khalifah II Umar bin Khattab mendengar dialog menarik antara seorang ibu dengan gadis kencurnya. “Cepatlah bangun, perah susu kambing kita dan campurkan dengan air sebelum orang bangun dan melihat kerja kita.” “Bu, saya tak berani, ada yang selalu melihat gerak-gerik kita.” “Siapa sih sepagi ini mengintai kita?” sang ibu balik bertanya, “Bu, Allah tak pernah lepas memperhatikan kita.” Khalifah segara kembali dengan satu tekad yang esok dilaksanakannya, melamar sang gadis untuk puteranya, ‘Ashim bin Umar. Kelak dari pernikahan ini lahir seorang cucu: Umar bin Abdul Aziz, khalifah kelima.

Icover4

Tuan dan Nyonya Da’wah yang saya hormati,
Tentu saja istilah baitu da’wah ini tidak dimaksudkan sebagai rumah tempat warganya setiap hari berpidato. Juga bukan keluarga dengan aktifitas belajar mengajar seperti laiknya sebuah sekolah formal. Ia adalah sebuah wahana tempat pendidikan berlangsung secara mandiri dan alami namun bertarget jelas.

Ada kegawatan yang sangat ketika roda keluarga meluncur tanpa kendali. Saat salah seorang anggotanya sadar apa yang sedang terjadi, segalanya mungkin telah terlambat. "Keterlambatan” itu dapat mengambil bentuknya pada ABG yang asing dari nilai-nilai ayah ibu-nya, atau ayah yang lupa basis keluarganya oleh kesibukan kerja di luar, atau ibu yang terpuruk dalam rutinitas yang membunuh kreatifitasnya, atau karir yang menggilas peran dan fitrah keibuannya.

Banyak orang merasa telah menjadi suami, isteri atau ayah dan ibu sungguhan, padahal mereka baru menjadi ayah, ibu, suami atau istri biologis, Sangat kasar kalau diistilahkan menjadi jantan, betina, atau induk dan biang, walaupun dalam banyak hal ternyata ada kesamaan. Kalau hanya memberi makan dan minum kepada anak-anak: kambing, ayam, dan kerbau telah memerankan fungsi tersebut dengan sangat baik. Dan, isu sentral "pewarisan nilai-nilai kehidupan” dalam kehidupan mereka tak ada soal. Buktinya, tak satupun anak ayam yang berkelakuan kerbau, atau anak kerbau berkelakuan belut, atau anak kambing berkelakuan serigala. Adalah suatu penyimpangan bahwa ada anak manusia bertingkah laku babi, serigala, harimau, atau musang.

Tentu saja ini tidak dimaksud mendukung program robotisasai anak yang dipaksa menghafal seluruh program yang dijejalkan bapak-ibunya tanpa punya peluang menjadi dirinya sebagai hamba Allah, karena mereka harus menjadi hamba ayah, hamba ibu, dan hamba guru. Ini tidak ada hubungannya dengan program tahfidz atau apresiasi seni Islami yang menjadi bagian dari sungai fitrah tempat air kehidupan mengalir sampai jauh.

Misteri Berkah

Saat ini ada beberapa keluarga sederhana, dibimbing oleh "intuisi" kebapakan dan keibuan, mendapat berkah dalam mendidik anak-anak mereka. Anak SMU-nya lulus dengan baik, plus hafal 1000 Alfiah Ibnu Malik, rujukan utama gramatika Arab (Nahwu). Lumayan mengagumkan, jebolan SMU menjadi rujukan sesama mahasiswa di sebuah Universitas terkemuka di negara Arab. Tahun-tahun berikutnya sang adik menyusul dengan hak beasiswa ke sebuah universitas unggulan di Eropa. Lainnya bisa melakoni dua kuliah yang "pelik": bahasa Arab di sebuah kolese paling representatif sementara siangnya mengambil jurusan Ekonomi. Kemenakannya hafal Al-Qur’an 30 juz menjelang akhir semester delapan di institut teknologi paling bergengsi di negeri ini. Kemenakan lainnya lulus akademi militer angkatan darat tanpa kehilangan kesantriannya yang pekat.

Sang bapak jauh dari penguasaan teori ilmu-ilmu pendidikan. Ketika digali hal yang spesial dari kelakuannya, muncul jawaban yang significan: Kecintaan keluarga tersebut kepada ulama (dalam arti yang sesungguhnya) dan keberaniannya amar ma’ruf nahi mungkar tanpa harus selalu mengandalkan mimbar tabligh.

Islam

Mengesankan sekali ucapan Ali Zainal Abidin, cucu Ali bin Abi Thalib, “Barangsiapa meninggalkan kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar, maka anak, isteri, dan pembantunyapun akan membangkang kepadanya.” Ternyata memang, keikhlasan seseorang atau keluarga kerap menembus sampai beberapa generasi sesudahnya. Boleh jadi seseorang merasa telah menjadi bagian dari da’wah yang besar dan berkah, tetapi bukan sikap da‘i yang dirawatnya. Alih-alih dari membimbing masyarakat dengan fiqh dan akhlak da’iyah, justru sebaliknya, hanya ghibah dan pelecehan yang digencarkannya terhadap masyarakat. Padalah, besar kemungkinan mereka tidak tersentuh da’wah atau tidak mendapatkan komunikasi yang memadai.

Ikhlas, nilai plus yang menembus lintas generasi

Keikhlasan yang “naif" Nabi Ibrahim yang rela – demi melaksanakan perintah Allah – meninggalkan istri dan bayinya di lembah yang tak bertanaman di dekat rumah Allah yang dihormati (Qs. Ibrahim: 37) menghasilkan bukan hanya turunan nasab yang konsisten, tetapi juga turunan fikrah yang militan.

Ummu Sulaim ibu Anas bin Malik yang begitu stabil emosinya dan begitu mendalam keikhlasannya menerima kematian bayinya, mendapat 100 anak dan cucu, semuanya telah hafal Al-Qur’an dalam usia sangat dini. Itu hasil hubungan yang penuh berkah – ditambah doa berkah Rasulullah SAW di malam yang sangat beralasan baginya untuk "meratapi" bayinya yang tiada.

Demikian pula pengkhianatan istri Nabi Luth dan Nabi Nuh – yang karenanya Allah menyebutnya dengan imra-ah (perempuan) bukan zaujah (istrinya) – melahirkan generasi yang sangat berbeda: Yang satu generasi sangat rabbani seperti Nabi Ismail as, yang cermin kepribadiannya membersit dalam ungkapan pekat nilai-nilai tauhid: "Ayahanda, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, akan kau temukan daku insya Allah termasuk orang-orang yang sabar.”(QS. 37; 102). Di seberang lain dengan pongahnya Yam bin Nuh berkata, saat ayahnya mengajak naik bahtera penyelamat, “Aku akan berlindung ke gunung yang akan menyelamatkanku dari air bah.”(QS. 11: 43).

Di zaman ketika setiap serigala dengan mudah menyerbu masuk ke rumah-rumah yang tak lagi berpagar dan berpintu, siapa yang merasa aman dan mampu melindungi anak-anak fitrah dari terkamannya? Siapa yang tabah melindungi gelas bening dan kertas putih suci itu dari ancaman yang setiap waktu dapat memecah-hancurkan dan mencemari mereka? Siapa yang tak tergetar hatinya melihat cermin bening yang semestinya ia perhatikan betul raut wajahnya disana, seraya merintihkan desakan suara hatinya dalam sujud panjang di keheningan malam: “Dan Kami telah berpesan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya mengandungnya dengan susah dan melahirkannya dengan susah. (Masa) hamil dan menyapihnya tiga puluh bulan. Sehingga ketika ia mencapai masa kuatnya dan mencapai usia empat puluh tahun ia berkata: Ya Rabbi, ajarkan daku agar dapat mensyukuri nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan beramal shalih yang Engkau ridhai serta perbaikilah untukku dalam keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan aku termasuk kaum yang menyerahkan diri.”

Seandainya nanti engkau diijabkabulkan
Bakarlah bara-bara jihad di hati suamimu
Sepertimana ibu Rabiah berpesan kepada Furuq
Suaminya, puluhan tahun di medan jihad
“jangan pulang kalau sebagai anjing mencawat ekor”

kalau nanti kau dikurniai putera
tiupkanlah semangat jihad di hatinya
supaya zuriatmu nanti cinta mencari syahid
seghairah Handzalah menggadai nyawanya

Latihkanlah puteramu nanti
Sebagai pengganti Ibnu Rawahah
Menjadi penyair penyeru jihad
Yang mementingkan taqwa daripada quwwah
Dendangkanlah cerita Abu Sulaiman pada puteramu
Agar ia kenal apa itu keberanian
Kelak nanti pedang Allah akan muncul semula
Di akhir zaman

Jadikanlah dirimu sebagai Asma’ puteri AsSiddiq
Moga-moga nanti lahirlah puteramu
Yang tiada gentar dan undur
Dalam perjuangan kerana Allah
Seperti diriwayatkan tentang putera Az Zubair

Suburkanlah cinta puteramu nanti
Kepada Rasulullah
Agar ia sanggup berkorban
Kemewahan dan kemegahan
Kerana suamimu bangga kalau puteranya
Seperti Mush’ab

Bacakanlah sejarah sahabat-sahabat pada puteramu
Di waktu-waktu suami tiada di sampingmu
Kisah perjuangan dan pengorbanan mereka
Dan pesan-pesankanlah selalu
Di cuping telinganya nanti
“Berjuanglah wahai puteraku
kerana lahirnya dikau di dalam Islam
adalah hasil darah dan airmata mereka itu…”

By  Mujahidah

Dakwah ibarat Mendaki Gunung

Dakwah ibarat mendaki gunung

Tinggi puncaknya, luas kakinya

(Tinggi cita-citanya, kuat asasnya)

Dakwah ibarat mendaki gunung

Kita tahu ada puncaknya

Tetapi semasa mendaki, manalah nampak

Yang penting kita terus mendaki

(Kita tahu kejayaan Islam bakal menjelang)

(Tetapi manalah tahu bila masanya)

(Yang penting, kita terus beramal)

Dakwah ibarat mendaki gunung

Terasa gah tatkala puncak ditawan

Tetapi sukarnya untuk didaki, hanya Allah yang tahu

(Terasa seronok jika Islam dapat menang)

(Tetapi sukarnya nak capai kemenangan, hanya Allah yang tahu)

Dakwah ibarat mendaki gunung

Penunjuk jalan sudah jauh di hadapan

Kitakah harus mengejar langkah mereka

Kerana mereka tidak akan menunggu kita

(Para Rasul dan sahabat sudah memberikan teladan)

(Kita yang harus mengikut jejak langkah mereka)

(Dakwah cara mereka, bukan cara kita yang lembab dan slow!)

Dakwah ibarat mendaki gunung

Terjumpa rintangan, ada banyak lagi jalan

Pantang berundur, sebelum sampai ke puncak

Bekalan perlu dibawa, tetapi hendaklah dikurangkan supaya ringan

(Dunia hanyalah alat, jangan pula mengejar dunia)

Dakwah ibarat mendaki gunung

Hanya yang nekad dan tekad akan sampai ke puncak

Yang gagal bertahan, bukan sahaja akan terkandas

Malah akan berguling semula jatuh ke bawah…

Al- aaajilyyy

p/s :dh lama saye tidak post disini.tak tau kenapa. ini saya dapat dari milis saya. semoga bermanfaat

Musim bunga tiba lagi. Mungkin ini kali pertama kita menyaksikan keindahan bunga bunga tulip, carnation, dandelion dan daffodil kembang mekar dan mewangi setelah empat bulan lamanya bumi eropah ini diselebungi hawa dingin sejuk yang kadang kala di sesetengah tempat turunnya salju putih ciptaan Allah. Indahnya melihat sirna matahari menyinari warna warni kelopak mawar yang dibasahi embun pagi di pagi hari, tatkala kaki kita melangkah ke universiti melangsaikan tuntutan ijazah yang di amanahkan. Terasa sejuk mata melihat keindahan alam yang dianugerahkan Allah ini buat kita, antara golongan yang bertuah diberi Allah melanjutkan pelajaran ke luar negara ini. Rata rata daripada kita akan menghabiskan masa tiga hingga

lima

tahun di benua eropah ini, menyaksikan lagi musim sejuk bertukar wajah ke musim bunga. Namun adakah semata mata tuntutan ijazah yang perlu kita langsaikan? Ketahuilah dibahu kita juga tersandangan tuntutan ‘risalah’ Illahi yang perlu dikongsikan bersama. Lihatlah bagaimana debuga dendelion ini diterbangkan angin lalu ia jatuh disebidang tanah lalu dengan izin Allah tumbuh mekar bunga dandelion disitu. Ibarat kita di benua eropah ini, di’terbang’

kan

Allah dari tanah air ke

United Kingdom

,

Ireland

dan seluruh pelusuk benua eropah. Jika hanyalah sekadar mengejar segulung ijazah, maka amat rugilah kita, kerana benua eropah ini sangat luas seluas alam yang ternanti nanti  keindahan islam dari kita.

           Marilah kita jadi seberani Abdullah bin Hudzafah Al Sahmi, seorang sahabat yang terawal memeluk Islam yang pernah menjadi utusan menemui dua orang raja besar dunia pada zamannya, iaitu Kisra, Maharaja Persia pada tahun 6H dan Kaisar Agung, Maharaja Romawi pada tahun 19H di zaman khalifah Umar al Khattab. Pertemuan ‘Abdullah dengan kedua raja dunia itu abadi dalam sejarah, dan mewarnai perjalanan sejarah itu sèndiri.

Pertemuan ‘Abdullah bin Hudzafah dengan Kisra, Maharaja

Persia

, terjadi ketika Rasulullah saw. mulai mengembangkan da’wah Islam ke seluruh pelosok dunia. Ketika itu beliau berda’wah melalui

surat

kepada raja-raja ‘Ajam (bukan Arab), mengajak mereka memeluk Islam. Bukan mudah memilih pemuda yang sesuai dengan tugasan ini. Kerana pada ketika itu mereka belum kenal dan faham bahasa dan budaya negeri negeri asing ini, selok belok pemerintahan, sosial dan masyarakatnya. Memang satu tugasan yang sangat berat dan berbahaya. Pergi ke

sana

beerti hilang. Lalu Rasulullah mengumpulkan para sahabat memulakan ucapan dengan memuji Allah dan membaca tasyahud lalu berkata “Sesungguhnya aku telah merencanakan hendak mengirim beberapa orang di antara kalian kepada raja raja ‘Ajam. Kerana itu janganlah kalian menolak gagasan ku, seperti Bani Israil menolak gagasan Isa bin Maryam.” Jawab para sahabat, “Kami senantiasa siap melaksanakan segala perintah Rasulullah.Kami bersedia dikirim ke. mana saja dihendaki Rasulullah.”

Rasulullah menunjuk enam orang sahabat untuk menyampaikan

surat

beliau kepada

raja-raja ‘Arab dan ‘Ajam. Salah seorang di antara mereka ialah ‘Abdullah bin Hudzafah As- Sahmy, dipilih beliau untuk menyampaikan

surat

kepada Kisra Abrawiz, Maharaja

Persia

.

Lalu berangkatlah Abdullah Hudzafah menemui Kisra lalu menyerahkan

surat

tersebut kepadanya.

Surat

itu berbunyi, “Dan Muhammad Rasulullah, kepada Kisra, Maharaja Kisra. Berbahagialah siapa yang mengikut petunjuk….” Baru sampai di situ sekretariat membaca

surat

, api ke marahan menyala di dada Kisra. Mukanya merah, dan menampakkan urat lehernya. Hal itu ialah kerana Rasulullah menyebut nama beliau sendiri lebih dahulu sebelum menuliskan nama Kisra. Lalu Kisra merebut

surat

tersebut dari tangan sekretariat, dan merobeknya tanpa mengetahui isi

surat

selanjutnya. Kisra berteriak, “Berani-berani dia menulis seperti itu kepadaku….! padahal dia budakku…!” Lalu diperintahkannya mengusir ‘Abdullah bin Hudzafah dari majlis. ‘Abdullah bin Hudzafah keluar dan Majlis Kisra. Dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada dirinya sesudah itu. Mungkin dia akan dibunuh dan mungkin pula akan tetap hidup di dunia bebas. Tetapi tidak lama ‘Abdullah berpikiran begitu, ia pun berkata kepada dirinya sendiri, ‘Demi Allah! Aku tidak peduli apa pun yang akan terjadi. Yang penting tugas yang dibebankan Rasulullah kepadaku telah kulaksanakan dengan baik.

Surat

Rasulullah telah kusampaikan ke tangan yang bersangkutan.”

Bila peristiwa ini sampai ke pengetahuan Rasulullah (s.a.w) maka baginda berkata: "Allah hancurkan pemerintahannya", dan memang berlaku sebagaimana kata Rasulullah (s.a.w) itu. Kerana sebelum itu, Kisra telah menulis

surat

kepada Badzan wakilnya di negeri Yaman berbunyi: "Hantarkan dua orang kuat kita ke Hijaz, kemudian tangkaplah lelaki itu (Rasulullah) dan bawa ke mari”. Badzan pun menurut perintah dan menghantar dua orang, mereka berdua ini membawa risalah kepada Rasulullah meminta baginda turut sama ke dewan Kisra di Parsi. Sebaik sahaja dua orang suruhan ini sampai ke Madinah, berkata mereka kepada Rasulullah (s.a.w) dengan nadaa mengugut menyuruh baginda supaya datang mengadap maharaja Kisra. Namun Rasulullah (s.a.w) telah meminta mereka berdua menemui baginda pada keesokan harinya. Di masa yang sama telah berlaku satu pemberontakan besar di dalam istana terhadap Kisra, selepas tenteranya menerima kekalahan teruk dari tentera Qaisar Roman. Anaknya Syirowih bin Kisra telah membunuh bapanya dan merampas takhtanya itu, kejadian itu berlaku pada tahun ke tujuh Hijrah, semuanya ini di dalam pengetahuan Rasulullah (s.a.w) melalui wahyu yang diturunkan kepada baginda. Pada keesokan harinya datanglah kedua utusan itu semula kepada Rasulullah. Kata mereka, “Sudah siapkah Anda berangkat bersama-sama dengan kami menemui Kisra?” Jawab Rasulullah, ‘ Tidak dapat lagi bertemu dengan Kisra sesudah hari ini. Kisra telah dibunuh oleh anaknya sendiri Syirowih, pada jam sekian, detik sekian, hari dan bulan itu.” Kedua utusan Badzan melihat wajah Rasulullah saw. dengan mata terbelalak kehairanan. “Sedarkah Anda dengan ucapan Anda?” tanya mereka. “Bolehkan kami tulis ucapan Anda itu untuk Badzan?” “Silakan…! Bahkan boleh Tuan-tuan tambahkan, bahwasanya agamaku akan mencapai seluruh kawasan kerajaan Kisra. Jika Badzan masuk Islam, maka wilayah yang berada di bawah kekuasaannya akan ku serahkan kepadanya. Kemudian Badzan sendiri kuangkat menjadi raja bagi rakyatnya.” jawab Rasulullah yakin. Kedua utusan Badzan meninggalkan Rasulullah saw. Mereka kembali menghadap Badzan. Mereka melaporkan kepada Badzan pertemuannya dengan Rasulullah saw., dan menyampaikan pesan beliau kepadanya. Kata Badzan, “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, sesungguhnya dia seorang Nabi. Jika tidak, ucapannya itu hanya mimpi belaka.” Tidak berapa lama kemudian, tibalah

surat

Syirowih kepada Badzan. Kata Syirowih, “Kisra telah ku bunuh. Aku terpaksa membunuhnya kerana dia menindas rakyat kami.

Para

bangsawan kami hapuskan. Wanita-wanita mereka kami tawan. Dan harta benda mereka kami rampas. Maka bila suratku ini telah engkau baca, kamu dan rakyatmu hendaklah menyatakan tunduk kepadaku!” Selesai membaca

surat

itu, Badzan mengumumkan kepada seluruh rakyatnya, mulai saat ini dia masuk Islam - Mendengar pengumumannya itu, maka Islam pula segala pembesar dan orang-orang keturunan

Persia

yang berada di Yaman. 

Lihatlah keberanian Abdullah bin Hudzafah, seandainya dia tidak berani menghadapi Maharaja Kisra, sekiranya dia masih ragu ragu menyampaikan risalah islam yang agung itu, tidak mungkin wilayah 

Persia

tunduk kepada kerajaan wahyu Illahi ini. Begitu juga kita, yang juga penyampai ‘risalah’ agung itu.

Tamat bahagian I………

Sambungan bahagian II…………

Nah…! Bagaimana pula kisah pertemuannya dengan Kaisar (Caesar) Agung, Maharaja Rom? Pertemuan ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy dengan Kaisar Agung, terjadi pada masa pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khaththab Al-Faruq. Kisahnya merupakan kisah yang amat mengagumkan. Pada tahun 19H, Khalifah ‘Umar mengirim angkatan perang kaum muslimin memerangi kerajaan Rom. Dalam pasukan itu, ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy adalah antara pahlawan ter’senior’. Maharaja Kaisar Rom telah mengetahui keunggulan dan sifat-sifat tentera muslimin ini. Sumber

kekuatan mereka ialah iman yang kuat, ‘aqidah yang mantap, serta keberanian mereka menghadapi maut. Mati fisabilillah menjadi tekad dan cita-cita hidup mereka.

Kaisar memerintahkan kepada para perwiranya, “Jika kalian berhasil menawan tentara muslimin, jangan kalian bunuh mereka. Tetapi bawa ke hadapanku!” Ditakdirkan Allah, ‘Abdullah bin Hudzafah tertawan. ‘Abdullah dibawa mereka ke hadapan Baginda Kaisar. Kata mereka, “Tawanan ini adalah sahabat Muhammad. Dia termasuk sahabat senior, dari kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Dia tertawan, lalu kami bawa ke hadapan Paduka.” Lama juga Kaisar memperhatikan ‘Abdullah bin Hudzafah. Sesudah itu baru dia berkata, “Aku hendak menawarkan sesuatu kepada engkau.” “Apa yang hendak kau tawarkan?” tanya Abdullah. “Mahukah kau masuk agama Nasrani? Jika kau mahu, aku bebaskan kau kemudian aku beri pula hadiah besar,” kata Kaisar. ‘Abdullah bernafas dalam-dalam, lalu menjawab: ‘Aaah …., aku lebih suka mati seribu kali daripada menerima tawaran kau,” kata ‘Abdullah mantap. Kata Kaisar, “Aku lihat kau seorang perwira yang pintar. Jika engkau mahu menerima tawaranku, aku angkat kau menjadi pembesar kerajaan, dan aku bagi kekuasaan aku dengan engkau.” ‘Abdullah yang diikat itu tersenyum. Kemudian ia berkata: “Demi Allah! Seandainya kau berikan kepadaku semua kerajaanmu, ditambah dengan semua kerajaan ‘Arab, agar aku keluar dari agama Muhammad agak sebentar saja, nescayalah aku tidak dapat menerimanya.” Kata Kaisar, “Kalau begitu, aku akan bunuh engkau!” Jawab ‘Abdullah, “Silakan…! Lakukanlah sesuka kau!” ‘Abdullah disuruhnya ikat di kayu salib. Kemudian diperintahkannya tukang panah memanah lengan ‘Abdullah. Sesudah itu Kaisar bertanya, “Bagaimana…? Mahukah kau masuk agama Nasrani?” “Tidak!” kata ‘Abdullah.‘Panah kakinya!” perintah Kaisar. Maka dipanah orang pula kakinya

“Nah! Mahukah kau tukar agamamu?” tanya Kaisar memujuk ‘Abdullah tetap menolak. Sesudah itu Kaisar menyuruh hentikan siksaan dengan panah, lalu ‘Abdullah diturunkan dari tiang salib. Kemudian Kaisar meminta sebuah kuali besar, lalu dituangkan minyak ke dalam dan diletakkan orang di atas tungku berapi. Setelah minyak menggelegak, Kaisar meminta dua orang tawanan muslim. Seorang di antaranya disuruhnya lemparkan ke dalam kuali. Sebentar kemudian, daging orang itu hancur sehingga keluar tulang belulangnya. Kaisar menoleh kepada ‘Abdullah, dan membujuknya masuk Nasrani. Tetapi ‘Abdullah menolak lebih keras. Setelah Kaisar putus asa, diperintahkannya melemparkan ‘Abdullah ke dalam kuali. Ketika pengawal mengiringinya ‘Abdullah ke dekat kuali, ‘Abdullah menangis.

Para

pengawal mengatakan kepada Kaisar, ‘Dia menangis, Paduka!” Kaisar menduga, tentu ‘Abdullah menangis kerana takut mati. Kata Kaisar, “Bawa dia kembali kepadaku!”

‘Abdullah berdiri kembali di hadapan Kaisar. Kaisar menanyakan apakah ‘Abdullah mahu menjadi Nasrani. Dengan iman yang kukuh kuat, ‘Abdullah tetap menolak pujukan Kaisar. Kata Kaisar, “Celaka…! Mengapa engkau menangis?” Jawab Abdullah, “Aku menangis kerana keinginanku selama ini tidak terkabul. Aku ingin mati di

medan

tempur perang fisabiilillah. Ternyata kini, aku akan mati katak dalam kuali.” “Mahukah engkau mencium kepalaku? Nanti kubebaskan engkau!” kata Kaisar dengan angkuh. Jawab Abdullah, “bebas beserta semua kawan-kawanku tawanan muslim?” Jawab Kaisar, “Ya, saya bebaskan engkau berserta semua tawanan muslim.” ‘Abdullah berpikir sejenak, “Aku harus mencium kepala musuh Allah. Tetapi aku dan kawan-kawan yang tertawan bebas. Ah.. tidak ada ruginya.” Abdullah menghampiri Kaisar, lalu diciumnya kepala musuh Allah itu. Sesudah itu Kaisar memerintahkan para pengawal mengumpulkan semua tawanan muslim untuk dibebaskan dan diserahkan kepada ‘Abdullah bin Hudzafah. Setibanya ‘Abdullah bin Hudzafah di hadapan Khalifah ‘Umar bin Khatthab, dilaporkannya kepada beliau semua yang dialaminya serta pembebasannya berikut sejumlah tentara muslimin yang tertawan. Khalifah sangat gembira mendengarkan laporan ‘Abdullah. Ketika Khalifah memeriksa perajurit muslim yang tertawan dan bebas bersama-sama ‘Abdullah, beliau berkata, “Sepantasnyalah setiap orang muslim mencium kepala ‘Abdullah bin Hudzafah. Nah…! Aku yang memulai….!” Khalifah berdiri seketika itu juga, lalu mencium kepala ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy.

Sekali lagi kita melihat keberanian dan keteguhan Abdullah bin Hudzafah atas risalah agung ini. Inilah dia contoh debunga islam yang telah tumbuh dan bercambah dimana jua dia berada. Marilah kita mencontohinya kerana Allah ade berfirman “Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.” Surah Ibrahim : 24

Short by sweet

kadang kadang kita merasakan banyak masa kita dihabiskan dengan pelajaran dan pekerjaan. jiwa merasa resah bila merasakan banyak lagi yang perlu dipelajari, banyak kerja yang masih bertangguh, banyak persaingan dan perbalahan yang berlaku. kadang kadang kita merasakan kita ni umpama ‘robot’ setiap hari melakukan benda2 yang tidak lansung menambahkan iman. kita tertanya2 kenapa begini? mengapa study kita tidak lansung menambahkan iman kita, sebaliknya iman kita pula tergugat bila terlalu banyak study ( yelah, kalau dalam solat pun muka patient terbayang bayang je… )

kita tidak dapat mencari dimana kah ‘tali’ yang menghubungkan pelajaran dan pekerjaan kita kepada iman …. maka kita akan jadi orang yang sentiasa resah, kecewa,mudah hampa, malas dalam melaksanakan tanggungjawab kita….

tetapi andaikan kita merasai nikmat ‘connection’ dengan Allah.. alangkah indahnya….

lIbn al-Qayyim (may Allaah have mercy on him) said:

When
a person spends his entire day with no other concern but Allaah alone,
Allaah, may He be glorified, will take care of all his needs and take
care of all that is worrying him;
He will empty his heart so that
it will be filled only with love for Him, free his tongue so that it
will speak only in remembrance of Him (dhikr) and cause all his
faculties to work only in obedience to Him.
But if a person spends
his entire day with no other concern but this world, Allaah will make
him bear its distress, anxiety and pain; He will leave him to sort
himself out, and cause his heart to be distracted from the love of
Allaah towards the love of some created being, cause his tongue to
speak only in remembering people instead of remembering Allaah, and
cause him to use his talents and energy in obeying and serving them.
So he will strive hard, labouring like some work-animal, to serve something other than Allaah
Everyone
who turns away from being a true slave of Allaah and obeying Him and
loving Him will be burdened with servitude, love and obedience to some
created being. Allaah says (interpretation of the meaning): And
whosoever turns away (blinds himself) from the remembrance of the Most
Beneficent (Allaah), We appoint for him a shaytaan (devil) to be a
qareen (intimate companion) to him.
[al-Zukhruf 43:36].
Al-Fawaa id, p. 159

It
was narrated that Anas (may Allaah be pleased with him) said: The
Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said:

Whoever is
mainly concerned about the Hereafter, Allaah will make him feel
independent of others and will make him focused and content, and his
worldly affairs will fall into place.
But whoever is mainly
concerned with this world, Allaah will make him feel in constant need
of others and will make him distracted and unfocused, and he will get
nothing of this world except what is decreed for him.

(Narrated by al-Tirmidhi, 2389; classed as saheeh by Shaykh al-Albaani.

Doa untuk kejayaan

SETIAP orang mendambakan kejayaan atau kebahagiaan dalam kehidupan
dengan memperoleh kesemua yang diinginkan dan dicita-citakannya.

Kejayaan ini boleh berbentuk kebendaan, pangkat, ilmu intelektual,
atau sukses emosional (kejayaan emosi). Setiap kesuksesan (kejayaan)
tersebut bagi seorang Muslim tidak hanya diperoleh dengan ikhtiar,
namun juga disertai doa.

Doa merupakan pendorong rohaniah untuk terus berusaha kerana meyakini
bahawa setiap usaha yang dibarengi (diiringi) doa pasti akan sukses.

Allah berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku jawab. (Surah
Al-Mukmin: 60)

Dengan keyakinan ini, setiap ikhtiar yang kita usahakan akan dilakukan
dengan sebaik mungkin, kalau bisa sampai sempurna atau minimal
mendekati kesempurnaan.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya Allah
berfirman: Aku akan mengikuti prasangka hamba-Ku dan Aku akan
senantiasa menyertainya apabila berdoa kepada-Ku.’ (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)

Para nabi dan rasul, sebagaimana dikisahkan secara indah dalam
Al-Quran, senantiasa berdoa untuk sukses dalam misinya sebagai
peribadi atau sebagai pemimpin umat.

Nabi Ayub berdoa untuk sembuh daripada penyakit; Nabi Isa berdoa untuk
mendapat rezeki yang halal; Nabi Zakaria berdoa untuk mendapatkan
keturunan yang baik; dan Nabi Sulaiman berdoa untuk mendapatkan kekuasaan.

Doa-doa mereka merupakan doa-doa yang baik (makthurat) yang dapat kita
contoh dengan mengikuti dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

Doa juga dinilai sebagai ibadah yang utama di sisi Allah: ‘Tidak ada
satu pun amal yang lebih mulia pada pandangan Allah daripada doa.’
(Hadis riwayat Bukhari).

Bahkan, Allah membenci orang-orang yang enggan berdoa kepada-Nya:
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku
(tidak mahu berdoa), akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina
dina. (Surah Al-Mukmin: 60).

Betapa tingginya nilai doa bagi seorang Muslim sehingga rasul
menyatakan doa merupakan intinya ibadah (mukhul ibadah) dan senjata
bagi orang yang beriman.

Agar kita senantiasa berjaya dalam hidup, marilah kita berdoa, baik
sewaktu susah mahupun senang, ketika miskin atau kaya, dalam keadaan
lapang atau sempit.

Doa yang dipanjatkan secara dawam (rutin) inilah yang paling Allah sukai.

‘Barangsiapa yang menginginkan doanya dipenuhi Allah ketika dia dalam
kesulitan, hendaknya dia memperbanyak doa pada waktu lapang.’ (Hadis
riwayat Tirmidzi dan Hakim)


            Tujuh Indikator Kebahagiaan Dunia

Ibnu Abbas ra. adalah salah seorang sahabat Nabi SAW yang sangat
telaten dalam menjaga dan melayani Rasulullah SAW, dimana ia pernah
secara khusus didoakan Rasulullah SAW, selain itu pada usia 9 tahun
Ibnu Abbas telah hafal Al-Quran dan telah menjadi imam di mesjid.
Suatu hari ia ditanya oleh para Tabi¡¯in (generasi sesudah wafatnya
Rasulullah SAW) mengenai apa yang dimaksud dengan kebahagiaan dunia.
Jawab Ibnu Abbas ada 7 (tujuh) indikator kebahagiaan dunia, yaitu :


Pertama, Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur

———— ——— ——— ——— ——— ——–
Memiliki jiwa syukur berarti selalu menerima apa adanya (qona¡¯ah),
sehingga tidak ada ambisi yang berlebihan, tidak ada stress, inilah
nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai
bersyukur sangatlah cerdas memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga
apapun yang diberikan Allah ia malah terpesona dengan pemberian dan
keputusan Allah. Bila sedang kesulitan maka ia segera ingat sabda
Rasulullah SAW yaitu : ¡°Kalau kita sedang sulit perhatikanlah orang
yang lebih sulit dari kita¡±. Bila sedang diberi kemudahan, ia
bersyukur dengan memperbanyak amal ibadahnya, kemudian Allah pun
akan mengujinya dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Bila ia
tetap ¡°bandel¡± dengan terus bersyukur maka Allah akan mengujinya
lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi. Maka berbahagialah
orang yang pandai bersyukur!

Kedua. Al azwaju shalihah, yaitu pasangan hidup yang sholeh
———— ——— ——— ——— ——— ——— -
Pasangan hidup yang sholeh akan menciptakan suasana rumah dan
keluarga yang sholeh pula. Di akhirat kelak seorang suami (sebagai
imam keluarga) akan diminta pertanggungjawaban dalam mengajak istri
dan anaknya kepada kesholehan. Berbahagialah menjadi seorang istri
bila memiliki suami yang sholeh, yang pasti akan bekerja keras untuk
mengajak istri dan anaknya menjadi muslim yang sholeh. Demikian pula
seorang istri yang sholeh, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan
yang luar biasa dalam melayani suaminya, walau seberapa buruknya
kelakuan suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang
memiliki seorang istri yang sholeh.


Ketiga, al auladun abrar, yaitu anak yang soleh

———— ——— ——— ——— ——–
Saat Rasulullah SAW lagi thawaf. Rasulullah SAW bertemu dengan
seorang anak muda yang pundaknya lecet-lecet. Setelah selesai thawaf
Rasulullah SAW bertanya kepada anak muda itu : ¡°Kenapa pundakmu
itu ?¡± Jawab anak muda itu : ¡°Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya
mempunyai seorang ibu yang sudah udzur. Saya sangat mencintai dia
dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya
ketika buang hajat, ketika sholat, atau ketika istirahat, selain itu
sisanya saya selalu menggendongnya¡± . Lalu anak muda itu
bertanya: ¡± Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk kedalam orang
yang sudah berbakti kepada orang tua ?¡± Nabi SAW sambil memeluk
anak muda itu dan mengatakan: ¡°Sungguh Allah ridho kepadamu, kamu
anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta
orangtuamu tidak akan terbalaskan olehmu¡±. Dari hadist tersebut
kita mendapat gambaran bahwa amal ibadah kita ternyata tidak cukup
untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita, namun minimal kita
bisa memulainya dengan menjadi anak yang soleh, dimana doa anak yang
sholeh kepada orang tuanya dijamin dikabulkan Allah. Berbahagialah
kita bila memiliki anak yang sholeh.


Keempat, albiatu sholihah, yaitu lingkungan yang kondusif untuk iman
kita.

———— ——— ——— ——— ——— ——— -
Yang dimaksud dengan lingkungan yang kondusif ialah, kita boleh
mengenal siapapun tetapi untuk menjadikannya sebagai sahabat karib
kita, haruslah orang-orang yang mempunyai nilai tambah terhadap
keimanan kita. Dalam sebuah haditsnya, Rasulullah menganjurkan kita
untuk selalu bergaul dengan orang-orang yang sholeh. Orang-orang
yang sholeh akan selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan
kita bila kita berbuat salah. Orang-orang sholeh adalah orang-orang
yang bahagia karena nikmat iman dan nikmat Islam yang selalu
terpancar pada cahaya wajahnya. Insya Allah cahaya tersebut akan
ikut menyinari orang-orang yang ada disekitarnya. Berbahagialah
orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang sholeh.


Kelima, al malul halal, atau harta yang halal

———— ——— ——— ——— ——
Paradigma dalam Islam mengenai harta bukanlah banyaknya harta tetapi
halalnya. Ini tidak berarti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya.
Dalam riwayat Imam Muslim di dalam bab sadaqoh, Rasulullah SAW
pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan.
¡°Kamu berdoa sudah bagus¡±, kata Nabi SAW, ¡°Namun sayang makanan,
minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapat secara haram,
bagaimana doanya dikabulkan¡±. Berbahagialah menjadi orang yang
hartanya halal karena doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta
yang halal juga akan menjauhkan setan dari hatinya, maka hatinya
semakin bersih, suci dan kokoh, sehingga memberi ketenangan dalam
hidupnya. Maka berbahagialah orang-orang yang selalu dengan teliti
menjaga kehalalan hartanya.


Keenam, Tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama

———— ——— ——— ——— ——— ——— -
Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu
agama Islam. Semakin ia belajar, maka semakin ia terangsang untuk
belajar lebih jauh lagi ilmu mengenai sifat-sifat Allah dan ciptaan-
Nya. Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu,
semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi
cintanya kepada Allah dan rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi
cahaya bagi hatinya. Semangat memahami agama akan meng ¡±hidup¡± kan
hatinya, hati yang ¡°hidup¡± adalah hati yang selalu dipenuhi cahaya
nikmat Islam dan nikmat iman. Maka berbahagialah orang yang penuh
semangat memahami ilmu agama Islam.


Ketujuh, yaitu umur yang baroqah

———— ——— ——— –
Umur yang baroqah itu artinya umur yang semakin tua semakin sholeh,
yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang
mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya
akan diisi dengan banyak bernostalgia (berangan-angan) tentang masa
mudanya, iapun cenderung kecewa dengan ketuaannya (post-power
syndrome). Disamping itu pikirannya terfokus pada bagaimana caranya
menikmati sisa hidupnya, maka iapun sibuk berangan-angan terhadap
kenikmatan dunia yang belum ia sempat rasakan, hatinya kecewa bila
ia tidak mampu menikmati kenikmatan yang diangankannya. Sedangkan
orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk
akhirat (melalui amal ibadah) maka semakin tua semakin rindu ia
untuk bertemu dengan Sang Penciptanya. Hari tuanya diisi dengan
bermesraan dengan Sang Maha Pengasih. Tidak ada rasa takutnya untuk
meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera merasakan
keindahan alam kehidupan berikutnya seperti yang dijanjikan Allah.
Inilah semangat ¡°hidup¡± orang-orang yang baroqah umurnya, maka
berbahagialah orang-orang yang umurnya baroqah.

Demikianlah pesan-pesan dari Ibnu Abbas ra. mengenai 7 indikator
kebahagiaan dunia.

Older Posts »